![]() |
Pusat Sains Web : http://www.psn.gov.my/
- Terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur
- Waktu operasi PSN
- Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad
- 9.00 pagi – 5.00 ptg
- (Tutup pada hari Jumaat) - Harga tiket untuk pelawat
- Dewasa : RM6.00
- Kanak2 : RM3.00
- Warga tua : RM3.00
PETA
TAMAN RAMA-RAMA
ita,nawar,ani,shila..........smile...cak..cak
nawar,ani,shila,ita..........super mak
rama-rama nie mesra sangat
emm.......wanginya
Aktiviti Penerangan
KITARAN HIDUP RAMA-RAMA
FASA 1 : TELUR (OVUM)
· Jangka masa ia menetas : 3-4 hari
· Apabila telur rama-rama menetas, beluncas akan makan kulit cangkerang telur terlebih dahulu, baru beralih kepada daun (HOST PLANT).
FASA 2 : BELUNCAS (LARVA)
· Jangka masa ia menjadi beluncas : 2 minggu
· Kategori : Bukan Perosak
· Diet : Host Plant (Jika diberi makan daun bukan host plant bagi spesiesnya, ia akan menolak dan mati.
· Host Plant ialah beberapa spesies daun yang menjadi makanan bagi beluncas rama-rama dan merupakan tempat bagi rama-rama tersebut bertelur. Sebagai contoh host plant bagi spesies Common Mormon daun limau purut & daun kari.
· Kadar salin kulit : 5 kali dalam tempoh 2 minggu.
· Apabila beluncas mencapai pada saiz yang maksimum , ia akan menjalani pertukaran kulit yang terakhir dan menggantungkan dirinya seperti kelawar.
· Proses ini dipanggil sebagai Pre-pupa. Dalam keadaan tersebut, ia membenarkan graviti menjatuhkan enzim yang dihasilkan membaluti badannya lalu bertukar menjadi kepompong.
FASA 3 : KEPOMPONG (CHRYSALIS/PUPA)
· Jangka masa ia menetas : 10 – 14 hari
· Dalam keadaan semula jadi : Bergantung kepada kekerapan air embun
· Dalam keadaan manual : Kepompong harus di sembur dengan air biasa 2 kali sehari (pagi & petang)
FASA 4 : RAMA – RAMA ( IMAGO )
· Jangka masa untuk hidup : 2-3 minggu (bergantung kepada iklim persekitaran)
· Diet : Madu & nektar bunga / cecair yang dikeluarkan oleh buah-buahan dengan menggunakan coiled proboscis (straw rama-rama).
· Sumbangan : Melakukan proses pendebungaan yang membolehkan tumbuhan membiak dengan lebih kerap. Ia merupakan penyumbang kedua terbesar dalam proses ini selepas lebah (honey bee).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan