Sabtu, 31 Disember 2011

Eksperimen tanah

Gempa bumi



Merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter

Merupakan proses alam semulajadi mengejut seperti  letupan dan hentaman meteor. Kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada  pergerakan plat tetonik sepanjang garis  rekahan, dan lantunan glasiar.

v  Kerak bumi membengkok dan berlipat.
v  Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah.
v  Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting".
v  "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.
v   Lantunan "Iisostatic" merujuk Kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih.
v     Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa  bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Kesan-kesan gempa bumi

      -   Kemusnahan harta benda dan tempat tinggal

      -   Kemusnahan Habitat flora dan fauna

   - Kecederaan atau kematian


Langkah berjaga-jaga


Bangunan, jambatan, dan  empangan  yang dibina hendaklah mempunyai lapik getah yang tahan gempa

  Penduduk di kawasan gempa  mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecemasan seperti lampu picit, bekalan makanan, air, dan bekalan perubatan. 


Latihan menghadapi gempa bumi.

Murid-murid perlu  mencari tempat perlindungan seperti berlindung di bawah meja sekiranya tidak sempat mengosongkan bangunan

Mereka yang bekerja di bangunan tinggi dilatih mengosongkan bangunan dengan pantas sekiranya terdapat amaran mengenai gempa bumi. 



 




    



Eksperimen Tumbuh-tumbuhan


Tumbuhan minum


Tumbuhan juga memerlukan air seperti kita. Kita selalu ,menyiram pokok kita untuk memastikan ia tidak kering. Tetapi sebenarnya, bagaimanakah tumbuhan minum ? Tumbuhan tidak ada mulut seperti kita. Tumbuhan minum menggunakan akarnya. Melalui akar tumbuhan dapat menyerap air dari tanah. Oleh itu mari kita lihat bagaimana  tumbuhan menyerap air melalui akar dan batangnya.


Bahan-bahannya

  •  Batang daun seleri  
  •   Segelas air
  •   Pewarna makanan( biru dan merah)
  •   Pisau


Cara-caranya
  •   Titiskan beberapa titik pewarna makanan dalam segelas air
  •   Masukkan seleri     
  •   Lihat perubahannya pada keesokan hari


Hasilnya

daun bertukar warna menjadi biru

daun bertukar  warna menjadi merah

 daun bertukar warna menjadi merah



                                               Air berkurangan selah meresap ke batang


                                                                     batang dipotong


air meresap melalui akar dan urat-urat ditumbuhan


                                                batang juga memgalami perubahan warna(biru)


kesimpulannya
Tumbuhan minum melalui akar dan meresap ke batang  serta ke daunnya.Dalam eksperimen  ini kita boleh lihat bagaimana air berkurangan  di dalam gelas kerana diserap/dihisap oleh tumbuhan. Air juga membantu tumbuhan membuat makanan serta menjaga sel-selnya dengan kuat sehingga daun tidak layu serta berubah warna.


Ahad, 13 November 2011

kitar Semula


1.0 PENGENALAN.

 Sejak belakangan ini, pembangunan tanpa batasan kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Pertambahan penduduk Malaysia tahun demi tahun, merupakan satu petanda aras kemajuan buat negara. Cabaran yang perlu ditempuh juga amat tinggi kerana pengurusan membabitkan kebajikan rakyat perlu diberi perhatian lebih teliti terutamanya dalam aspek kesihatan dan keselesaan. Begitulah juga apabila dikaitkan dengan sistem pengurusan sampah di negara ini yang sebenarnya tanpa disedari berada pada tahap kritikal ekoran lebih banyak kawasan diperlukan sebagai pusat pelupusan sampah. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah kitar semula. Kempen Kitar Semula telah lama dilancarkan kerajaan iaitu sejak tahun 1993 lagi, tetapi kempen tersebut tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan berikutan kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat. Masyarakat terus membuang sampah tanpa berfikir dahulu sama ada sampah yang dibuang itu boleh di kitar semula atau tidak. Pada tahun 2000, sekali lagi kerajaan melancarkan kempen kitar semula dan barulah dapat membuka sedikit minda masyarakat tentang pentingnya aktiviti mengitar semula ini.

Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan alam sekitar terus terjaga. Kos penyelenggaraan untuk proses melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orang ramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh dan terhad. Dalam tempoh sehari kita menghasilkan lebih kurang 16,000 tan sampah. Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang boleh diproses untuk di kitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula. Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh di kitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna hijau. Manakala semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh di kitar semula. Barangan berasaskan kaca ini perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna merah. Untuk barangan seperti botol plastik mineral dan lain-lain yang berasaskan plastik perlu dimasukkan ke dalam tong berwarna kuning. Manakala buku-buku lama dan kertas-kertas termasuk surat khabar lama perlu dimasukkan ke dalam tong berwarna biru. Pada setiap tong kitar semula itu tertera perkataan KITAR SEMULA AMALAN KITA, menjurus kepada sikap masyarakat kita supaya membuang sampah yang boleh di kitar semula itu menjadi amalan setiap masyarakat. Secara tidak langsung amalan ini akan menyebabkan keadaan di sekeliling kita bertambah bersih dan ceria.


2.0 PELANCARAN KEMPEN.
Pada 09.11.2003 bekas Perdana menteri ketika itu iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan Majlis Perasmian sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya. Perasmian kempen ini adalah untuk mempertingkatkan lagi kempen yang sedia ada bagi mendidik masyarakat terhadap kempen kitar semula yang mana selama ini kurang diberi perhatian atau  maklum balas dari masyarakat. Secara tidak langsung dengan pelancaran kempen ini juga dapat membantu negara mengurangkan kos untuk tujuan penyelenggaraan di tempat-tempat pembuangan sampah di seluruh negara serta mampu menjana pendapatan dari segi hasil yang diperolehi melalui barangan yang dikitar semula.
3.0 DEFINISI.
Peningkatan populasi manusia di muka bumi ini bermakna semakin ramai yang menghasilkan sisa sama ada sisa pepejal ataupun sisa bukan pepejal. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672 ) kitar semula bermaksud memungut dan serta mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran semula. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan dapat menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan -bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai contoh, bahan kitar semula menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Kitar semula  juga merupakan satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh di kitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastik dan lain-lain.
Yang lebih penting melalui kempen kitar semula ini juga ia dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua masyarakat dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa di samping menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Orang ramai harus menggunakan saluran serta mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan segala barangan kitar semula ini menjalani pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan yang baru. Dengan ini, alam sekitar akan bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam sekitar akan menambah keceriaan dan masyarakat boleh menikmati keindahan dengan sepenuhnya serta kehidupan mereka akan menjadi lebih ceria dan selesa sekiranya alam sekitar bersih.

4.0 FAEDAH DAN KESAN KITAR SEMULA.
Fakta bahawa kitar semula bahan buangan mampu menjimatkan kos pengendalian pembuangan sampah sarap sehingga ratusan juta ringgit oleh kerajaan. Proses kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif terhadap masyarakat dan alam semulajadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa kesemasa. Dengan adanya program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman  besi dan lain-lain boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri disamping mampu menjana pendapatan.  Ini bermakna proses mengitar semula penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah serta dapat meminimakan kawasan pembuangan sampah yang perlu disediakan oleh pihak majlis perbandaran tempatan atau pihak swasta. Kos melibatkan pengurusan sampah amat tinggi kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu pembuangan sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan kos perbelanjaan disamping dapat mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih dan ceria.
Selain dari itu, program kitar semula juga mampu membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, sebagai contoh kertas surat khabar lama penting untuk kilang pembuatan yang berasaskan kertas. Manakala besi-besi dan logam-logam buruk boleh dijadikan bahan yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman samada kaca atau plastik serta bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Oleh sebab itu banyak pihak-pihak tertentu yang melibatkan sektor kerajaan atau swasta melihat program ini sebagai salah satu sumber yang boleh menjana pendapatan kerana semua bahan-bahan tersebut boleh dikitar, diproses dan dijual. Justeru itu bahan-bahan berkenaan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita perolehi jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai khususnya boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih ceria dan selesa. 
Kesan terhadap proses kitar semula adalah amat penting kepada alam sekitar.  Sisa-sisa buangan boleh memberikan kesan negatif yang amat besar, malahan penghasilan air larut resap (leach ate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan boleh menyebabkan keadaan yang tercemar kepada alam semula jadi. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. Pemanasan global akibat daripada pembakaran terbuka samada pembakaran hutan atau sampah menambahkan lagi pencemaran alam semulajadi. Oleh itu proses kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap global disamping dapat menjaga habitat semula jadi dan sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Tenaga yang besar diperlukan apabila membuat sesuatu produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga di mana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi untuk generasi akan datang.
            Kesan proses kitar semula juga amat penting terhadap manusia. Dengan proses kitar semula tempat untuk pelupusan sampah tidak perlu ditambah. Hanya memadai dengan tempat yang sedia ada serta meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut. Tanah atau kawasan yang dicadangkan untuk tempat pelupusan sampah boleh digunakan untuk tujuan pembinaan kediaman untuk rakyat. Selain itu juga, kebanyakan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan sampah disebabkan sebahagian besarnya meliputi kawasan semula jadi tadahan air. Secara tidak langsung perbelanjaan untuk pembukaan tempat baru pelupusan sampah boleh digunakan pembangunan rakyat. Kos belanjawan daripada Kementerian yang berkaitan dapat dikurangkan seterusnya mampu menjana pendapatan sama ada kerajaan, swasta ataupun rakyat.
 



5.0 FAKTA TENTANG PROSES KITAR SEMULA.
1.  Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan  
     penggunaan tenaga elektrik untuk televisyen selama 2 jam, komputer selama 3 jam
     dan menyalakan lampu 100 watt selama 20 jam.
2.  Jika kertas dapat di kitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan
     4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
3.  20,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi setiap penjuru KLCC dalam  
     tempoh 10 hari sahaja (data tahun 2005).
4.  Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan  
     tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
5.  Kaca tidak susut dan boleh dikitar semula pada bila-bila masa.
6.  Polisterin tidak boleh dikitar semula dan tidak boleh digunakan untuk membuat yang
     baru.

6.0 SARANAN TERHADAP KEMPEN KITAR SEMULA.
            Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan  lebih banyak tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan seperti di sekolah-sekolah, pusat bandar serta di kampung. Dengan adanya tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan seperti kertas, botol kaca atau botol plastik serta tin aluminium. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula, mengajar serta mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan, menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembuangan sampah yang berleluasa.
Di samping menjalankan kempen sebegini, peranan media massa cetak                    dan elektronik masih dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio Televisyen Malaysia sering memaparkan  lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Internet  juga boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan supaya kempen ini diketahui oleh semua masyarakat. Di dalam halaman atau  ‘homepage’ itu mestilah mengandungi fakta tentang kitar semula dan pentingnya kempen kitar semula pada masyarakat serta menggalakkan minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula.  
Penjagaan alam sekitar juga  boleh diterapkan kepada anak-anak di rumah iaitu dengan cara mendidik anak-anak menggunakan sumber alam secara berhemah terutama penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan di dapur boleh dikitar semula untuk menyiram tanam-tanaman. Suis elektrik dan lampu perlu dimatikan jika tidak digunakan lagi. Galakkan anak-anak untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi buang di tempat  yang sepatutnya. Ibu bapa haruslah  mendidik dan memberikan contoh yang baik kepada mereka dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dan tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Wujudkan tong sampah di rumah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut bagi memudahkan anak-anak membuang sampah mengikut kategorinya. Semua bahan buangan  yang telah dikumpul seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Dengan bayaran yang diperolehi hasil daripada penjualan barang-barang yang boleh dikitar semula akan menmbawa minat anak-anak untuk menabung. Beritahu pada anak-anak bahawa sisa-sisa makanan harian tertentu boleh dikitar semula menjadi 'baja kompos' yang boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman seperti bunga atau sayur. Mereka juga dapat dididik dengan konsep 'berbakti kepada tanah' dan boleh memberikan pulangan melalui hasil-hasil tanaman.
Kesimpulannya memandangkan kempen kitar semula mendatangkan banyak manfaat kepada manusia maka oleh itu semua pihak haruslah menyokong program kitar semula untuk mengekalkan kehijauan bumi dan keselesaan untuk masyarakat. Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui kempen tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga kebersihan alam sekitar disekeliling mereka pada setiap masa. Orang ramai juga harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

Sabtu, 12 November 2011

Projek Sains :Pusat Sains Negara ( taman rama-rama )



Pusat  Sains Web : http://www.psn.gov.my/
  • Terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi PSN
    - Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad
    - 9.00 pagi – 5.00 ptg
    - (Tutup pada hari Jumaat)
  • Harga tiket untuk pelawat
    - Dewasa : RM6.00
    - Kanak2 :  RM3.00
    - Warga tua :  RM3.00
                    
   PETA


                    
TAMAN RAMA-RAMA

 


                                             ita,nawar,ani,shila..........smile...cak..cak

  
                                            nawar,ani,shila,ita..........super mak


                                                         emm.......wanginya



                                                      rama-rama nie mesra sangat




 
Aktiviti Penerangan







 KITARAN HIDUP RAMA-RAMA

FASA 1 : TELUR (OVUM)
·         Jangka masa ia menetas : 3-4 hari
·         Apabila telur rama-rama menetas, beluncas akan makan kulit cangkerang   telur terlebih dahulu, baru beralih kepada daun (HOST PLANT).

FASA 2 : BELUNCAS (LARVA)
·         Jangka masa ia menjadi beluncas : 2 minggu
·         Kategori : Bukan Perosak
·         Diet : Host Plant (Jika diberi makan daun bukan host plant bagi spesiesnya, ia akan menolak dan mati.
·         Host Plant ialah beberapa spesies daun yang menjadi makanan bagi beluncas rama-rama dan merupakan tempat bagi rama-rama tersebut bertelur. Sebagai contoh host plant bagi spesies Common Mormon daun limau purut & daun kari.
·         Kadar salin kulit : 5 kali dalam tempoh 2 minggu.
·         Apabila beluncas mencapai pada saiz yang maksimum , ia akan menjalani pertukaran kulit  yang terakhir dan menggantungkan dirinya seperti kelawar.
·         Proses ini dipanggil sebagai Pre-pupa. Dalam keadaan tersebut, ia membenarkan graviti menjatuhkan enzim yang dihasilkan membaluti badannya lalu bertukar menjadi kepompong.

FASA 3 : KEPOMPONG (CHRYSALIS/PUPA)
·         Jangka masa ia menetas : 10 – 14 hari
·         Dalam keadaan semula jadi : Bergantung kepada kekerapan air embun
·         Dalam keadaan manual : Kepompong harus di sembur dengan air biasa 2 kali sehari  (pagi & petang)

FASA 4 : RAMA – RAMA ( IMAGO )
·         Jangka masa untuk hidup : 2-3 minggu  (bergantung kepada iklim persekitaran)
·         Diet : Madu & nektar bunga / cecair yang dikeluarkan oleh buah-buahan dengan menggunakan coiled proboscis (straw rama-rama).
·         Sumbangan : Melakukan proses pendebungaan yang membolehkan tumbuhan membiak dengan lebih kerap. Ia merupakan penyumbang kedua terbesar dalam proses ini selepas lebah (honey bee).