Khamis, 13 Oktober 2011

Sains Disekeliling Kita

Gambar : alam semulajadi
Awal sains untuk kanak-kanak
Sumber dari alam sekitar mampu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak untuk mengetahui serta mempelajari tentang sains terutama untuk pendidikan kanak-kanak dan kehidupan yang berada di sekeliling mereka.
Pengalaman sains di sekeliling kita dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami persekitarannya. Secara fitrah semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberi peluang untuk  menerokai alam sains bagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan itu kanak-kanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik yang betul bagi menggalakkan mereka menyelesaikan permasalahan yang ada.
Beberapa faktor atau kaedah yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak dalam pengetahuan sains dengan mengambil kira contoh seperti pertumbuhan pokok yang ditanam ataupun pergerakan angin serta udara yang berada di sekeliling kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan